BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 17, 2012

Back to school

Lama tak menulis di blog ni....semenjak cuti sekolah tahun lepas langsung takde entry...hehehe....cuti sekolah lagi busy dgn aktiviti-aktiviti utk memenuhi masa lapang...

Sekarang dah "back to school" mode....alhamdulillah Imran boleh menerima hakikat kembali ke sekolah dengan baik walau pun ada juga rasa tidak senang kerana dah kena masuk sekolah semula. Walau pun Imran masih lagi ditempatkan di kelas pembelajaran tapi mempunyai persekitaran yang lebih menarik...cikgu dia tahun ni ialah Cikgu Mak Suet Pun...cikgu ni mengajar Imran matematik untuk tahun lepas tapi tahun ini jadi cikgu kelas....alhamdulillah setakat ini belum ada lagi komplain dari Imran mengenai kelas dan kawan-kawan bagi tahun ini.

Untuk tahun 2012, Imran diberi peluang untuk menyertai ko-kurikulum yang dijalankan selepas waktu sekolah iaitu bermula pukul 1 tengahari dan berakhir pada pukul 2.20 ptg. Maka untuk setiap hari Rabu Imran akan makan tengahari di sekolah....makan makanan yang dibawa oleh saya dari rumah...bawa mangkuk tingkat la saya ke sekolah Imran tahun ini...cikgu Mak lega bila tengok mama Imran bawa makanan sebab Imran memang tidak mahu beli makanan di kantin sekolah....tak kena dgn citarasa nya kut...

* Imran makan sambil main Ipad2

Nak cepatkan dia makan, saya bawa Ipad2...bila dia leka tu lah saya suap cepat2...kalau tak memang lama masanya untuk habiskan makanan. Pukul 1pm Imran masuk balik ke kelas dan menjalani kegiatan ko-kurikulum yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah, Kelab Seni & Kebudayaan dan juga Sukan & Permainan. Tidak pasti pula yang mana satu Imran masuk...tapi rasanya lebih kepada Sukan dan permainan kerana kanak2 seperti beliau lebih digalakkan mengguna kemahiran kaki dan tangan untuk menguatkan otot2 badan dan menguji daya ketahanan mental.

Seronok menunggu Imran di sekolah....dan ramai lagi rupanya ibu bapa yang datang bawa makanan untuk anak2 dan tunggu sampai habis aktiviti ko-kurikulum mereka...di kantin Imran tunjukkan saya bendera2 negeri di Malaysia yang digantung di situ....dia tak ingat nama2 bendera tu katanya, mungkin sebab banyak kut.....hehehe....tiba2 dia tanya mana bendera USA...alamak...ni mesti sebab banyak main game perang USA lawan musuh2nya....saya terangkan kita negara Malaysia, bukan USA....hehehe....rasa bersyukur nya saya sebab dapat berkongsi dengan Imran persekitaran sekolah nya...tiada rasa bosan malah seronok kerana berpeluang melakukan nya....teringat kenalan saya Linda Khalid yang telah bertahun-tahun tunggu anak2 di kantin sekolah dan bawakan makanan untuk mereka. Rupanya ianya satu nikmat dan pengalaman yang menarik bagi saya...